Monday, November 10, 2014

Sayonara Semester 1 KMS

Maka alkisahnya tamat lah pengajian hamba di sem 1 di kolej matrikulasi selangor. Syahadan sekarang ini hamba boleh dikatakan telah bebas merdeka (even 2 minggu je pun). Sesungguhnya sepanjang 6 bulan di sem 1 banyak membuatkan nafas hamba tersekat-sekat kadangkala hampir membuatkan kami disini menggelupur kerana kekurangan oxygen.

Hamba tidak menafikan bahawa hidup di alam matrikulasi serba meletihkan, penuh dengan cabaran, dugaan, halangan, ujian, keperitan, kelaparan, dan kemengantukan (waktu kuliah). Namun hamba bersyukur yang teramat kerana memilih tempat ini sebagai tempat untuk hamba bertapa selama setahun menimba ilmu Tuhan yang tidak pernah habis mengalir. Bukan kerana disini terlampau ramai jejaka hot meletop yang hamba mungkin boleh meminta jasa baik ayahanda dan bonda pergi meminang teruna tersebut, tidak, walaupun ada sikit ya, tetapi kerana kepuasan belajar yang hamba sendiri tidak pernah dapat sewaktu menimba ilmu di tempat sebelum-sebelum ini.

Ya, puas. Sangat puas.

Disini hamba belajar menyayangi differentiation yang pada waktu dahulunya hamba sangat memusuhi ketika di tingkatan 5. Bagaikan ingin mengoyakkan sahaja buku latihan matematik kerana terlalu membenci bab itu. Namun, disini, pendeta pendeta matematik tersebut telah berjaya menanamkan sikap sayang terhadap bab itu sehingga adrenaline hamba mengalir dengan sangat laju ketika membuat latihan.

Disini juga hamba bertemu dengan segala jenis manusia di pelbagai pelosok Tanah Melayu. Namun kebanyakkannya berasal dari pantai timur sehingga menyebabkan hamba kadangkala secara tidak sengaja terbuat muka vavi kerana terlalu keliru dengan apa yang mereka cuba sampaikan. Tuan hamba cuba renungkan jikalau ada rakan tuan hamba berkata, "Woi tino, mu toksoh gege sokmo." atau "Mu toksoh derah sangat weh" atau lebih ekstrem "Skeleng belana koknadaley celeng". Hamba pun berkata, "Voh kya hai? (apa benda tu)" atau hamba acah acah pandai jawab, "Nate gapo tu?" Sesungguhnya hamba bersyukur dilahirkan ditanah johor kerana bahasanya boleh difahami satu Tanah Melayu ini. Tidak lah hamba selalu membuat muka vavi.

Adapun diceritakan bahawa pendeta yang mengajar disini semuanya baik belaka. Hamba turut merasakan ukhwah yang mereka cuba jalinkan antara pendeta dan si perantau. Hamba akan datang ke teratak pendeta-pendeta tersebut atau dikenali sebagai cubicle (bilik guru) sekiranya hamba mempunya masalah. Mereka sedia membantu. Kadangkala ada pendeta yang menyediakan makanan kepada anak muridnya yang datang untuk bertanya soalan. Mulia sungguh hati beliau. Maka hamba dengan rakus mengambil seberapa banyak makanan yang boleh tanpa mempedulikan mata mata orang yang memandang. Suka aku lah sape suruh ko tak amek banyak banyak.

Ujian pertengahan semester yang lepas menyaksikan bahawa usaha yang hamba hempas pulakan disini masih tidak mencukupi untuk mendapat keputusan yang kebabooom!. Hamba hanya mampu mendapat:

Sains computer : A
Math : B
Biology : B+
Kimia : C+
Bi : A (tidak dikira didalam pointer)

Pointer: 3.13 (masih gagal bak kata kaunselor disana)

Namun hamba bertekad untuk lebih struggle pada peperiksaan semester 2 nanti. Kenapa bukan PSPM ini? Hal ini kerana peperiksaan pada waktu itu, hamba boleh katakan soalannya ingin membuatkan hamba menjerutkan leher di tali gantung. Usahlah bertanya tentang itu lagi.

Untuk tuan hamba yang diluar sana, jika masih meragui untuk memasuki matrikulasi. Buatlah istikharah. Sesungguhnya perancangan Allah lebih bijak dan tersusun. Hamba ingin berpaarrtaaayy dahulu ok. Selamat menjawab SPM!

Ini namanya group Bae's. Tapi baru baru ni dah ditukar jadi Divergent. Entah pale otak sape ntah yang pepandai tukar hamba tak tahulah ek. Dari kiri Fiza kepoh, Yan Somban, Nad neddysushi, Yayah ehemmm, Meen mok, dengan Qis bendul. Entahlah, dengan diorang tak pernahnya hamba rasa diri hamba ini normal.


SM3K2P2. Sem 1 dah habis dah. Tak sabar nak jumpa nanti masa Sem 2. Muahhhhhh.

No comments: