Thursday, November 13, 2014

Kau lelaki, apa kau kisah?

Nasihat ni aku ambik dari tumblr secret posts malaysia. Berguna untuk semua lapisan kaum wanita, termasuk aku juga. Mari sama-sama membaca. Sama-sama menilai.

"Aku rasa semua lelaki patut baca ni. Especially yang pernah rosakkan anak dara orang.

Mungkin kau tak rasa apa-apa lepas kau dump perempuan yang kau pernah tidur sekali. Tapi pernah kau fikir apa akan jadi dekat perempuan tu nanti? Kalau jawapan kau “lantak dia la, siapa suruh dia yang nak bagi dekat aku.” HAHA. Mari, aku bagi dekat kau full explanation kenapa kau patut minta maaf dekat perempuan yang kau pernah rosakkan dan bertanggungjawab terhadap perempuan tu.

Pernah kau terfikir sebelum kau rosakkan dia, dia tak pernah pun tahu apa itu seks? Pernah kau terfikir dia beri semua benda dekat kau sebab dia naif dan tak tahu yang itu bukan satu-satunya cara untuk tunjuk kasih sayang dia? Pernah kau terfikir kalau kau yang tak mulakan dulu, dia takkan beri dara dia dekat kau? Kalau kau cakap dia sepatutnya gunakan otak dia, kau bodoh. Kalau kau cakap “perempuan baik takkan buat macam tu, tu maknanya dia tak baik.” kau manusia paling bangang. 

Kalau kau guna ayat manis, ayat cinta, kau cakap kau tak boleh hidup tanpa dia, kau rasa masa tu otak dia boleh berfungsi dengan baik ke? Cinta tu buta.Syaitan tu merata-rata untuk hasut. Ayat manis + nafsu + hasutan syaitan = bad judgement. Percayalah, sedangkan wanita alim pun boleh tumpas, inikan pula gadis biasa yang dibesarkan oleh keluarga biasa.

Kau tiduri dia.Kau rampas dara dia. Kau cakap “perempuan tanpa dara takkan laku.” habis tu, kau masih ada teruna? walaupun kesan fizikal tiada, walaupun bakal isteri kau tak boleh bezakan kau teruna ke tak, tapi diri kau tahu. Kau tahu kau pernah rosakkan seorang perempuan dalam hidup kau. Pernah kau fikir bagaimana perempuan tu hidup lepas kau dump dia? macam mana perempuan tu akan berhadapan dengan bakal suami dia. macam mana perempuan tu akan bagitahu suami dia yang dia dah tak ada dara? 

Bayangkan kalau semua benda tu jadi dekat mak,kakak atau adik kau. atau bakal isteri kau sendiri. Apa yang kau rasa? Apa yang kau rasa bila seorang lelaki rosakkan adik kau, lepastu buang dia macam sampah. Apa kau rasa bila kau tidur dengan wife kau lepastu kau dapat tahu lelaki lain pernah buat benda yang sama dengan wife kau?

Kalau niat kau masa kau tiduri perempuan tu cuma untuk suka-suka and sebelum kau tiduri dia kau janji kau akan jaga dia sampai bila-bila. Kau penipu. Kau lagi hina dari binatang. Taraf kau lagi hina dari seorang perogol. Memanipulasi seorang perempuan semata-mata untuk memuaskan nafsu kau sendiri. Lagi hina bila kau dump dia, dan lepastu kau cari perempuan lain untuk di jadi kan teman wanita baru kau yang mungkin kau akan rosakkan juga.

Ya, aku bercakap berdasarkan hidup aku sendiri.
Aku benci lelaki macam kau. Tapi aku tak pernah menyesal kenal lelaki seperti kau kerana tanpa kau, mungkin aku takkan nampak warna sebenar seorang lelaki. Dan mungkin aku takkan dapat tulis post ini untuk perempuan yang masih naif diluar sana.

Untuk perempuan yang masih naif. Ini untuk kau.
Awal perkenalan memang seronok bila dapat teks dan call yang lovey dovey.
Kau akan rasa hidup kau bahagia sangat sebab disayangi
Kemudian dia pegang tangan kau.
Kau rasa berdebar, malu-malu sebab itu kali pertama kau berpegangan tangan.
Dari tangan, dia mula hantar ciuman melalui teks dan call.
Kau rasa dia sangat sweet dan penyayang.
Melalui ciuman di dalam phone, bila dating dia akan mula pegang pinggang kau, kemudian peluk kau.
Kau rasa disayangi,kau rasa macam dunia ni kau yang punya.
Dari pelukan, mula ciuman di pipi, kemudian teks romantis.
Kau rasa macam kau terapung di awangan. Pipi kau merah, muka kau panas.
Dari teks romantis dia mula bercakap mengenai susuk tubuh kau. Katanya menawan dan cantik.
Kau rasa bahagia sebab sebelum ni tak pernah orang puji kau macam tu.
Dari pelukan biasa dan ciuman pipi, dia mula ajak kau bercium mulut.
Kau relakan sebab dalam tv, ciuman mulut tandanya sayang.
Dari ciuman mulut,dia mula hantar teks bagaimana dia pernah mimpi tentang kau dan dia tidur sekali.
Kau teragak-agak untuk melayan, tapi akhirnya kau layan sebab kau takut dia akan terasa hati.
Dari perbualan romantis biasa menjadi perbualan berbaur lucah. 
Kau rasa seronok sebab kau rasa sangat dewasa.
Dulu dating berpelukan, ciuman mulut akhirnya bertukar kepada ringan-ringan.
Kau biarkan dia raba tubuh badan kau. Kau rasa macam hidup ni cuma untuk dia.
dulu cuma berani masukkan tangan dalam baju, kau biarkan tangan dia merayap ke dalam seluar kau.
Kau fikir “apa salahnya, cuma benda biasa.”
Lama kelamaan, kau, dia berada di atas katil. Kau serahkan harga diri dia dekat kau hanya kerana dia janji mahu bertanggungjawab dan sehidup semati dengan kau.
Perkara yang sama berulang sehingga kau dengan dia bergaduh dan kemudian putus.

Ya, seks memang awalnya seronok. Tapi, dengarlah wahai perempuan, jangan tersilap langkah seperti aku,kelak kau akan menyesal. Seronok yang sementara tak berbaloi dengan penyeselan yang kau alami. Walaupun aku tak pernah kantoi, atau pun mengandung, tapi aku sangat menyesal.

Aku harap ada orang pernah nasihatkan aku sebelum benda tu terjadi. Tak berbaloi kau berikan harga diri kau kepada lelaki yang tak layak. Tiada alasan untuk kau berikan dara kau kepada lelaki tanpa ikatan yang sah. Kemungkinan lelaki tu akan tinggalkan kau lagi tinggi dari kemungkinan yang dia akan bertanggungjawab. Jangan jadi bodoh. Kalau kau nak sangat, kau kahwin awal. 

Sekurang-kurangnya kalau kau diceraikan, harga diri kau masih ada. Ramai lelaki durjana di luar sana yang menyamar macam lelaki baik, caring dan loving. Jangan terpedaya.

Jaga diri sendiri, jangan terlalu hanyut bercinta sampai kau serah semuanya. Simpan untuk yang layak. Kau akan lebih bahagia nanti."

Ya, aku faham jika anak anak muda sekarang kata, mereka memang nak berubah. Tapi terlalu payah. Terlalu susah. Jangan risau, aku faham. Aku faham bila kita memang dah berniat nak berhenti buat benda teruk tu, tapi tarikan untuk kembali buat tu makin lama makin kuat. Aku faham. Memang tak dinafikan aku pun ada niat juga, sama macam kalian. Tapi seberapa kuat aku tolak, semakin kuat aku berpatah balik. Tapi ada orang kata, kalau niat tu dah ada, itu satu benda yang bagus. Harus pegang terus dengan niat tu.

Berubahlah, demi diri kau.

No comments: