Sunday, April 27, 2014

Matrikulasi 2014

Assalamualaikum

So yeahh sebenarnya nak post pasal matrik ni dari semalam lagi tapi asyik lupa je. Maklumlah otak makin karat sejak tak sekolah dah nak dekat 5 bulan ni kan. Sudah lah makin tepu, makin banyak disaluti lemak lemak degil sebab makan main sumbat takde tapis-tapis lagi. Dah beso lah katakan jahh oi.

Maka aku pun suruh lah cik abang azam tu check kan matrik sebab i mana ada kredit you. Pokai je memanjang nak mengharapkan berapa keping je duit biru dalam purse tu memang tak lah kan. Web pun tak leh bukak lagi. So dia yang kene jadi slave aku check kan. Hahahaha. K tak lawak.

Bila dah kat web boleh bukak, buntang mataku bagaikan ikan buntal atau sari yanti mata lolok. Like, seriously?

SELANGOR WEHHH. Jauh lah gila pak diaa. Selangor weh selangor. Kenapa tak Johor ke Melaka? Kenapa kenapa? Banting pulak tu. Sob Sob. Gedik tak aku. Tapi even jauh pun, aku dah set dalam minda kalau boleh aku nak masuk matrik.

Sebenarnya macam ni, katakan lah kalau aku result upu aku dapat buat Asasi, aku tolak matrik. Tapi kalau aku tak dapat Asasi macam yang aku nak, aku AKAN amek matrik. Nak tebus kekalahan masa lalu katakan. Malu dho kalah. Tapi matrik kene struggle habis habisan. Ramai tak percaya aku boleh buat ke tak kat sana nanti. Haihh susah bila hilang kepercayaan bila dah kalah suatu benda ni. Nak tak nak kita kena lah cari jalan nak raih kepercayaan tu balik kan? Okay dah melalut pulak.

So apapun, kita tetap kene tunggu result upu dulu. Apapa yang jadi, ada hikmahkan? Just trust yourself.