Friday, April 11, 2014

Apa Aku Nak Jadi

Assalamualaikum

Wahh cam acacah gempak gitu tajuk aku. Tapi memang betul pun. Andai lah ada yang bertanya, 'siapa yang dah besar tak tahu nak jadi apa?' pastinya aku angkat tangan dengan penuh bersemangat sambil terlompat-lompat. Bukan apa, eksaited ada geng. Haha tapi serius dho *masuk mood suram balik*. Aku tak tahu apa cita cita aku, meaning aku tak tahu apa nak jadi.

Masa kecik-kecik dulu adalah jugak berangan nak jadi doktor gigi. Dentistry lah kan. Lama jugak aku bercita-cita sebegitu ecewaah. Lepastu masuk Form 4 guwa blur balik. Patu dengar cerita Ikhwan kata nak jadi interior designer, maka aku pun kata kalau dapat satu company dengan dia kan bagus. Berangan je lah lebih. Pastu blur balik. Sampailah dah habis sekolah sampai dah dapat result spm pun. Result takleh sebut banyak kali nanti banjir bhahaha. Bila tengok macam tu, lagi lah bertambah termenungnya aku.

Aku try korek korek dalam hati minda semua tak jumpa apa yang sebenarnya guwa nak jadi. Ayat madah pujangga lebih an aku tahu. Aku admitlah seni tu memang aku minat, tapi setakat doodling tu semua tu bukannya serius just for fun gitteww katako.

Engko nengok je ah apa yang aku pilih ni kat upu


Aku pun tengok semua benda ni macam takde perasaan je. Aku tak tahu lah kenapa. Aku rasa kalau orang yang  bekerjaya nengok aku mesti kata, 'eii budak takda wawasan kesiaannnn' memang guwa carik carik kulit badan dia guna garpu. Kejam pun lantak lah. Aku kene pergi kem motivasi ni rasanya kut. Ye ye je seh. Haihhhh kenapalah 2014 sentiasa kejam dengan aku.


p/s: handphone tk berapa pintar aku retak dan dah arwah. sesiapa yang boleh bayarkan internet guwa kat rumah dengan bagi guwa Iphone 5s or Iphone 6 guwa kahwin sama lu.