Sunday, January 26, 2014

Rindu

Assalamualaikum

Harini aku kembali ke Bahasa Melayu. Madah ah hari-hari nak speaking naik terkujat lidah aku ni haa. Cukuplah kat tempat kerja je kena speaking tak sanggup den nak sambung kat sini. Okay kembali ke topik asal. Title aku kali ni rindu. Rindu? Haihh sentimental pulak kalini. 


Mungkin betul kata azim. Sekasar mana pun aku layan kawan aku dulu, aku tetap sayang diorang. Sampai sekarang. Tengoklah sekarang. Hidup macam ikan terkulai kat dalam kuali bila masing-masing pergi. Sayu je an takda orang nak kacau, takda orang nak buat lawak blue sesama. Okay terlepas. Sedihlah nak cakap, tengoklah sendiri gambar kat bawah ni.

Last day SPM. Kualiti gambar tak penting. Yang penting masa kita semua bersama.


Ahli dorm 24 masa spm. with ummu, paw, thira, ummi. selama sebulan lebih dengan diorang sumpah tak terkata betapa havocnya lah. Kawan sama-sama bergamble, karok membasuh baju dalam toilet, sama-sama breakfast,lunch,dinner semua complete. tak ada yang kurang.

Ummi panggil benda berbungkus ni ulat beluncas biru. Aku lah si beluncas tu. Time ni tenga gap paper Addmath SPM. SPM OKAY. Mesti pelik kan asal aku berbungkus walhal berapa minit lagi nak masuk dewan jawab paper Addmath. Acah-acah hebad kununnya takyah study. Kepala hangguk kau. Aku tenga senggugut time ni. Terseksa tahu tak. Menangis sebab tak mampu nak study time last minute macam ni. Azam call pujuk semua. Rasa tenanglah sikit. Tapi self esteem masa ni tenga low gila rasa macam aku lah manusia paling tak berguna. Tapi diorang nonstop bagi semangat kat aku. Tu yang buat aku terharu.

Birthday si ketot masa gambar ni di snap. Tu haa si kecik cenonet kat tengah pakai spec ngan tudung pink tu. Ummi lah tu. Seronok sangat. Malam nya ummi kene simbah air sabun dengan Azam, Hidir, Babak. Kesian sampai merah mata. Tapi ada aku kesah. Mwahahaha

Hasil nukilan kami berlapan sebelum meninggalkan asrama. Still banyak lagi. Dari kepala sampai ke hujung katil woo~ Vandalisme woo~ Ada aku kesah woo~

 Ni lah last time aku berjumpa dengan diorang semua. Ni lah last time kitorang sama-sama makan kat Barney's. Ni lah last time dapat bergurau, berlawak dengan diorang. 
Sekarang dah takda lagi.

Sumpah aku cakap aku rindu diorang. Tak pernah sekalipun dalam sehari tak fikir pasal diorang. Macam kat kepala ni ada tayangan flashback masa kita semua kat dalam kelas macam dulu-dulu. Kadang-kadang ketawa bila ingat balik apa yang kita pernah gurau buat lawak sesama dalam kelas. Kalau orang nampak, konfem cakap sewel lah agaknya minah ni tetiba ketawa sensorang tak memasal.
Tapi,  bagi aku tu namanya rindu.
Sampai sekarang rasa kehilangan.



Kita jumpa lagi bulan 3 nanti guyss.