Monday, December 9, 2013

#Part 1 It's gone

Assalamualaikum

Alhamdulillah. SPM dah habis huyeaahh. Rasa cam terlambat je an kalau aku nak terkinja-kinja ala-ala beruk mokyeh sekarang ni. Well, maka dengan itu berakhirlah zaman persekolahan aku yang kebabomm punya gempak tu. Ahh kau yang buat muka tu senyap je lah aku bagi penampau karang. Tahu lah engkorang ada yang tak habis sekolah lagi. Padan muka. Tapi, seriously aku cakap. Habis zaman sekolah tak lah indah mana. Korang hilang kawan korang tanpa jejak, hilang cikgu yang awesome, hilang sekolah tempat nak langgar peraturan semua. There's nothing we can do now. Terpaksa lah move on ke dunia dewasa yang lebih mencabar. Kalau lah aku diberi jam ajaib dah lama aku putar-putar sampai aku pergi tadika balik. Fuhh best siak. Jumpa lagi sekali membe hingusan aku yang dulu-dulu tu main masak-masak pondok-pondok semua. Korang hado? Ni lah zaman canggih punya problem. Bebudak semua tak sihat dah kumpul lemak dalam rumah main Ipad bagai semua. Okay dah terpesong.

Come, let's see the memories of 2013 together..

Januari

Early year untuk aku dan mereka menginjak ke form 5. hamboi baku benor ayat aku ye dak. Biasalah, awal tahun, mood holiday masih on. Bayangan SPM tu tak nampak sangat. Samar-samar je. Nampak sangat kan teruknya aku ni. Haihh. Kecuali lah bagi diorang yang sangat genius tu macam hidir, leman semua. Dari tahun lepas diorang dah struggle. Aku tahu diorang boleh berjaya. Macam aku. Jangan buat muka okay. Amin kan je lah. Amin. Awal tahun, masing-masing belum tunjuk belang. Hipokrit dan fake masih berleluasa. Yelah, cikgu cakap sepatah, semua angguk. Takda yang nak melawan. Hipokrit sungguh. Masuk minggu kedua. Fuhh amek kau mak temah, semua dah jadi diri sendiri balik. Tepuk tangan. Yeayy.

Masuk setengah bulan Januari ni. Macam-macam jugak terjadi. Baru aku tahu, kadang-kadang tak semua kawan suka kat kita. Ada yang depan kita baik, tapi di belakang macam-macam dia boleh kata. Sungguh aku tak berniat nak mengungkit cerita lama. Tapi kadang-kadang bila terfikir balik, rasa macam sedih gila. Disebabkan aku, si tu bergaduh dengan si ni. Disebabkan adanya aku, diorang tak boleh nak baik-baik lagi. Macam-macam lah.Thanks Dania dengan Azam sebab ada masa aku meleleh tu. Haha apapepun, past is past.


pinky pinky doo. boo

Februari

Masih dalam proses menyesuaikan diri. Even dah biasa tapi normal lah kan. Tahun baru, perangai baru. People changes okay. Ada yang aku tak expect berubah, berubah dengan sangat drastik. Ada yang makin ke positif. Ada jugak insan yang tertarik ke arah negatif. Tapi apapun, cewahh kami tetap sekelas. Syafie masih tetap Syafie even ramai dah berubah. Banyak cikgu yang bertukar yang buatkan aku geram macam nak hentak choki choki biar tersembur. Okay over. Tapi lama-lama dah biasa. Cikgu Sabri jadi guru kelas Syafie. Muka memang macam bajet askar serius gila tapi guwa berani cakap sama lu lah dia tu lawak weh. Susah nak jumpa cikgu yang baik macam tu tau. Dengan kelas kitorang baik-baik lantai simen terus transfomer robot in the sky tukar jadi kelas yang satu-satunya pakai tikar getah. Tapi tetap tak menang kelas terbersih. Okay tunduk kepala.


lihatlah aku si bajet comel tu. Jangan nengok diorang yang lain.

Mac

Aku admit baru tahun ni aku start rapat dengan diorang yang lain. Well salah aku jugak sebab dulu tak reti bergaul sangat. Ececehh. Seronok sebenarnya dengan diorang. Time ni jugak baru lah rasa SPM tu macam nun kat situ je. Tak jauh mana. Baru lah nampak macam si SPM ni mengintai aku dimana-mana mahupun di kamar mandi? Hiperbola. Baru lah rasa macam mana peritnya tu nak faham kan satu subjek tu gila punya gila sampai nak pecah kepala. Lagi-lagi Physics dengan Addmath. Okay yang sokong saya tolong angkat tangan sekarang. Ye macam aku sorang je an. Sangat tersiksa sampai kan bukan aku je yang selalu menangis sebab stress. Ramai lagi. Rasa macam nak balik sekolah lama peluk sekor-sekor senior dulu-dulu mintak buatkan air terang hati. Tapi itulah. Bukan kehidupan namanya kalau tak penuh dengan kejutan dan cabaran.


kitorang boleh golek-golek kat kelas. tapi aksi terlampau ekstrem tidak dibenarkan.

April

Bulan april hampir kepada satu semester jugak. Hampir dengan SPM. Hampir denga penghabisan sekolah. Time ni, ramai cikgu-cikgu dah tahu pasal aku punya relationship. Hamboi kemain, kalah mak bedah diorang ni kumpul maklumat nak buat gosip. Sampaikan ada someone ni pernah kata nama kitorang dah naik kat cikgu atas-atas. Haa bukan kami je ramai lagi pasangan yang lain antaranya tut dengan tut, tat dengan tat.

Kami warga berkorporat. Ahakss

That's all aku rasa. Bukan mudah sebenarnya nak cerita semua benda. Ni pun baru sesuku je. Yang terasa cam bosan baca tu okay aku rasa korang dah boleh bla. Nanti bila free guwa sambung lagi. K everyone. Bye.