Friday, December 20, 2013

HB

Assalamualaikum dan hai

hari selasa lepas i keluar tau you dengan you-know-who-he-is. haha setakat round hutan bandar je lah. pepagi tu tiba larkin. takdelah pagi mana aku rasa ayam pun kalau mengeram dah siap menetas dah. sebab pagi tu pergi Maybank dulu buat kad. So lame me buat kad bank pun first time okay yang ni seumur hidup. Tapi leceh dalam sejam jugak habis. Sebab nya dia scan jari aku still tak dapat-dapat. Ibu jari kanan nak dekat dua kali yang ibu jari kiri pulak 5 6 kali gitu. Tak ke gila. Aku punya lah fikir bila masa lah aku ni kikis kulit aku sampai tak dapat scan langsung. At last dapat jugak. Alhamdulillah tak perlu aku nak duk tercongok kat bank tu buat muka cekodok penyek je.

Lepas dah pom pang pom pang kejadah settle semua terus gerak larkin. Tibanya disana terus kuserbu Mcd dimana si dia sedang menunggu. Aku pandang muka meja. Meja pandang aku. Meja okay bukan mamatnya. Kosong. Maknanya dia belum makan lagi. Yes boleh ajak melantak. Sampai dah duduk tercongok then memasing blur.

'Nak pergi mana eh?'

See. Takda hala tuju kan kitorang. Berbual lah borak-borak dulu sementara menanti idea nak pergi mana tu. Padahal masa tu perut dah grukk grukk bunyi dia macam tenga garu-garu lapisan dinding kulit perut aku. Tahan je lah dulu. Kejap lagi kejap lagi. Then dekat setengah jam jugak. Frustated punya pasal terus turun dengan takda hala tuju. Yang si azam nya dah risau kut aku ni dah nak balik ke apa sekejap betul jumpa. Padahal aku nak beli topup je pun. Aisehh. Lepak-lepak lah dulu sekali lagi depan bas tu. Then ada lah si promoter MyTeksi punya application ni datang menawarkan segala. Kengkunun interview lah tu yang tak boleh blanya cakap aku adik Azam sebab muka sama. Ohmengg. Maka aku pun menjayakan lakonan si adik tu dengan baiknya sambil panggil azam tu Abang. Yang si promoternya ni duk percaya lah tapi sebok benor promote application tu.

Yang berminat tu boleh lah download for free MyTeksi ni sama ada melalui App Store, Google Play, ataupun Windows Store. Yang menariknya korang boleh tahu ada berapa banyak teksi sekeliling korang yang boleh dipilih berserta dengan identiti pemilik teksi tu. Dan dan dan korang boleh tahu anggaran harga tempat yang nak dituju tu dengan berapa lama lagi teksi tu nak datang jemput korang. Haa menarik bukan. Senang betul hidup kalau macam ni. So kalau berminat tu boleh lah download sekarang ye.

Okay berbalik pada cerita tadi.

Bila dah decide aku dan si mamat itu pun nak pergi cs lah kengkunun. Naik-naik bas je terus lah duduk. Bila dah sampai otw to Hutan Bandar baru lah azam cakap,

'Taknak pergi sini ke?'

Aku tengok sekeliling. Haah eh. Lama tak jejak kaki kat sini. Then kitorang pun turun. Disebabkan azam nya ni last datang hutan bandar ni entah darjah berapa entah terpaksalah aku guide dia. Macam pemandu pelancong pun ada. Aku bawak dia makan kolok mee. Mee yang paling aku suka. Yang sedihnya kolok mee dah habis. Huwaa padahal baru pukul 12 time tu. Order je lah Char mee. Sedap jugak. Seronok tengok azam makan. Tapi dia tak habis. Aku yang habis semangkuk. Sekarang ni siapa perempuan nak diet-diet ni. Haha


jeng jeng jeng ni lah char mee.

Dah makan kenyang-kenyang tu maka bermula lah ekspedisi menjelajah hutan bandar. Sumpah seronok. Sebab maybe lama tak pergi sini so aku ni nyebok lah nak try satu-satu playground yang ada kat situ. Seronok wehh tak terucap. Nasib baik harini pakai casual je so senang aku nak panjat apape. Hee so sekarang ni kau hadaplah gambar-gambar kat bawah ni ye. Okay babai semua

muka eksaited

tenga panjat besi yang macam spider web tu

Azam badang. puihh

sesi memberi ikan yang kebulur ni makan

thanks for today my dear.

by the way, happy monthsary 1 year 1 month.