Monday, December 16, 2013

Dah kerja

Assalamualaikum and hai hai hai hai.

Hai. Lamanya tak update aku ni. Post yang lepas kan aku ada update pasal #Part1 It's gone tu kan. Hee yang #Part2 tu nanti lain kali sambung boleh eh. Lagipun bulan 12 ni belum habis lagi. Nanti-nanti jelah sambung.

Sekarang ni nak cakap, I dah kerja tau youu. Dah 6 hari dah start kerja sebenarnya lah. Salesgirl kat phoneshop dalam Tesco Desa Tebrau tu. Okaylah kerja sana. Tak banyak kerja sangat. Just jalan-jalan sampai kau rasa kaki kau nak patah then kau duduk lah kejap pastu jalan-jalan lagi. Main handphone display tu ke nengok tibi ke.  Haa itulah kerja aku setiap hari. Bila ada customer nak beli sim umobile atau celcom or nak beli handphone baru lah aku ni rasa macam pekerja. Mesti dalam pikiran masing-masing kata 'wahh senangnya kerja camtu jenjalan je'. Salah tu dik. Sebenarnya bukan mudah kerja salesgirl aka promoter tu. Kau kene pandai speaking, amek hati customer. Kalau tak kene cara, dia akan bla macam tu je.

Yang customer datang ni pulak macam-macam perangai. Baik daripada baby yang still 'uweekk uweekk' tu lagi sampai lah ke baba nyonya yang dah terbongkok-bongkok tu. Macam-macam gaya macam-macam perangai. Aku okay lagi bila customer datang nak tanya then beli terus barang tak kesahlah cover phone ke apa ke. Yang paling aku kene prepare bila customer yang datang bukan untuk membeli. Tapi just nak test kita macam mana handle customer. Bukan calang-calang orang ni. Okay lah macam contoh semalam kut, kalau tak silap. Ada sorang customer ni datang, then pakcik ni pun bertanya,

'Dik, ada jual handsfree untuk phone tak?'

'Ada encik, tapi kami cuma ada dua jenis je sekarang ni'

'Ohh kalau yang ni boleh guna untuk iphone tak dik?'

'Boleh rasanya, entahlah kejap eh saya panggil kawan jap'

*kak yang baik tu pun datang*

'Ye encik ada yang saya boleh tolong'

'Tak, saya cuma nak tanya kalau iphone boleh tak pakai handsfree macam ni?'

'Ohh kalau iphone takde bluetooth. So tak boleh sebab iphone cuma compatible dengan aksesori yang khas untuk iphone saja'

'Ohh maknanya tak boleh lah ni?'

'Tak boleh lah. Kalau encik nak encik kene cari yang hanya untuk iphone sahaja'

'Ohh terima kasih lah dik. Bagus lah adik. Saya salute. You banyak tahu pasal ni. Bagus lah. Its a compliment to you lah dik. Okay pakcik pergi dulu. Thank you'

Then pakcik tu pun bla macam tu je selepas memuji akak tadi. Aku kat sebelah memang kaku diam je lah. See manusia yang datang ni cuma nak bertanya je bukannya nak membeli. Haihh nasib baik lah aku ni baru lagi. Pening lah. So kalau korang yang ada datang tesco tu kalau pergi phoneshop kalau datang wajib beli okay. Jangan banyak soal. Haha kayy gurau je. Esok aku cuti. Ingat nak keluar buat kad bank alang-alang tu nak dating sekali. Cehh kalau si mamatnya free lah. Haha kayy babai semua. Ada masa jenguklah saya di Tesco Tebrau. Hihi

 azam yang selalu terlebih risaukan orang. hee