Sunday, July 28, 2013

Ramadhan

Assalamualaikum :)
 
lama rasanya tak update blog. rasa macam berkurun lama gila. tapi nak buat macam mana. internet kat rumah mana ada :'( haha kbai
 
disini suka saya menyatakan bahawa saya sekarang berada di rumah makcik farahin. haha :D maka dengan segala kemudahan yang ada kita semua tak boleh persiakan ye.
 
trial makin dekat. tapi preparation macam haprak je aku rasa. haihh. subjek elektif kebanyakannya memang mencabar minda dan menguji kesabaran aku. tapi apapun doakan aku okay. taknak lah dapat result teruk. malu nanti -.-
 
hot topic semalam: PLKN. ye, disini saya SANGATSANGAT suka menyatakan juga bahawa saya adalah insan yang terpilih untuk berkhidmat pada negara. memang masa dapat tahu tu macam, "perghh hancur plan 3 bulan aku lepas spm nanti". tapi apa boleh buat. cara penyelesaian paling mudah ialah kahwin. kau nak? huiss exam tak lepas ada hati nak kahwin. biarlah, mungkin ada hikmah. manalah tahu kan kut kut tersangkut mamat-mamat tough kat sana. hahaha oppss ampun ajam.
 
sepanjang puasa tahun ni, aku rasa macam-macam aku dah belajar. belajar memasak sambil tolong cikgu rohasni berniaga lah, belajar buat solat sunat yang macam-macam lah. rasa seronok jugak sebenarnya. sekarang, azam aku ramadhan ni nak khatam alquran. doakan aku eh :) dah lama rasanya tak khatam. hee
 
minggu depan kami warga sembrong bakal pulang. sesiapa yg nampak and kenal aku, tegur-tegurlah. boleh aku bawak raya kat rumah eh. last word, SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA NANTI!