Friday, June 29, 2012

CONTEST "AWESOME BLOGGER" BY PSS SASEM

yeahh Assalamualaikum semua :) 


see see ? haa , tu adalah mutiara kata yang perlu kita semua copy and paste kat dalam blog kepada sesiapa yang nak masuk contest ni lahh kan . sebenarnya , ehemm ehemm . aku sajesaje je nak join contest ni . lagipun rasanya ni lah first time SASEM ku yang tercinta *amek baldi semua, get ready untuk muntah* buat contest cenggini . so , dengan berbekalkan angan-angan yang menggunung tinggi bak gunung api di lautan pasifik , aku pun just try and error je lahh kan . mana tahuuuu . yelahh kan , blog aku ni tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan orang lain -,- aku sedar *lagu ombak rindu playing*. aww aww kemain feeling rasa macam nak kene hentak dengan penutup tong sampah . yeahh tapi whatever asalkan bagi aku blog aku ni dah nampak ' TERHEBAT ! TERCANTIK ! ' , pun bolehhh . 

blog pss kata , kene cipta slogan . tapi maaflah aku ni bukan pencipta ayat-ayat puitis gramatis macam "atuk" aku tu , A. Samad Said . dah lama tak nampak atuk eh ? mana atuk pergi agaknya . tapi untuk tidak memalukan beliau ewahh , aku trylah ye . padahal otak aku sekarang ni tengah kosong *turn on lagu najwa latip*. slogan nya , 

Pusat Sumber Kondusif , Murid Positif , Pembelajaran Dan Pengajaran Efektif , Sekolah Berinovasi Dan Kreatif .

okayy , nampak kan betapa bestnya ayat aku *flip hair* perah otak beb nak buat . basuh baju pun tak macam gini . haha ewahh masuk troli tolak sendiri pulak dah aku ni . next , warga-warga pss kata kene jawab soalan diorang kalau nak masuk contest ni . soalannya jeng jeng jengg !!

1. Siapakah nama pengetua Sasem ? 
- ehemm ehemm , siapa je yang tak kenal . seantero sasemian kenal dengan En Mohd Noh Bin Mohd Yussof . kelas kitorang panggil dia Mr. Moustacher . haa , kenapa ? hewhew pandailah korang fikir :) nak tengok tak dia ? ni lahh dia , pengetua yang boleh dikira sangat baik . 


2. Siapakah Yang Dipertua PIBG ?
-sebenarnya secara jujur memang aku tak tahu . atau lebih tepat , tak pernah terfikir langsung nak amik tahu . ruparupanya Yang Dipertua PIBG ialah Tn Haji Rozali Bin Jamali . good job PSS , kalau tak kerana contest ni sampai bila-bila agaknya aku tak tahu .

3. Soalan ketiga ni panjang sangat , malas bhai nak salin . hahaha :D
- jawapan skema : ''kemasukan guru-guru dan kakitangan sekolah telah menjadi tunggak dan nadi utama dalam membantu hal-hal pengurusan dan mencipta gaya dan imej sekolah yang boleh dibanggakan seperti menghasilkan logo , nama rumah (sistem SBP) , nama kelas dan sebagainya.'' ohh , patutlah nama kelas kita sungguh Islamic . ala-ala SMKA gituu .

4. Moto Sasem 
-"Guru Bestari Berintegriti , Pelajar Intelek Berinovasi" sayalah pelajar intelek :p puihh hahaha

5. Soalan masih panjang :) 
-Kebitaraan Sukan Dan Permainan : HOKI
-Kebitaraan Persatuan, Kelab Dan Unit Beruniform : KELAB INOVASI DAN REKA CIPTA
-Kebitaraan Akademik : SAINS

6. Maksud latar belakang kuning bendera ?
-''permuafakatan dan keharmonian pada warga SMS Sembrong. '' kami hidup aman dan harmoni . ehh ?

7. Guru terawal di Sasem .
- En Abdul Aziz Mohamad
-Pn Rosmawati Zainal ( sensei ! arigatou *tunduk* )
-En Hassan Ayub
-Cik Nor Mazida Yusof

8. Maksud Ikhsan Ilmu Khalifah pada lencana 
- Ihsan : sifat mahmudah yang perlu diamalkan oleh warga-warga SMS Sembrong 
- Ilmu : pengetahuan adalah tunjang hidup
- Khalifah : kepimpinan

9. Visi Sasem 
- " SEKOLAH MENENGAH SAINS SEMBRONG MENJADI SEKOLAH BERASRAMA PENUH TERUNGGUL DALAM AKADEMIK  KOKURIKULUM DAN SAHSIAH "

10. Bila Sasem mula beroperasi ?
- pada Jun 2011

yeayy , see senang je kan ? haa , penat bhai tangan gua taip . hahaha :D k that's all . bagi Sasemian yang berminat untuk menyertai contest ni boleh lahh klikdisini untuk maklumat yang lebih lanjut . akhir kata , majulahh PSS untuk sekolah . eh ? ahaha pun booleehh .

Saturday, June 9, 2012

home bitter home

Assalamualaikum

harini dah kene balik Sekolah Menengah Sains Sembrong , Kluang . sedih ? agaklah sebab cuti 2 minggu ni rasa tak puas langsung . homework pun buat sikit je tu pun sebab hari tu pergi library . cuti ni aku banyak meroyan . kepada yang teman aku meroyan sampai pagi-pagi buta tu thanks a lot. sampai aku lupa kat problem aku sendiri :) tapi apa yang kita meroyan tu , stop kat sini je lah . jangan ungkit kat sekolah nanti sendiri bengang .kalau kau nak rasa kene tibai dengan aku ungkitlah .



sorry pada siapa-siapa aku ada buat salah.
sorry mak , kalau masa cuti ni kita banyak lepak tak tolong mak kat rumah .
sorry pada orang yang aku ada sakitkan hati . 
maaf , aku ni tak perfect .
kbye

Thursday, June 7, 2012

tett tett

awak , awak . kita nak dedicate lagu ni :>


tak kesahlah siapa-siapa pun awak . kalau awak dengan kita , kita nak awak nyanyi lagu ni kat kita .
maksud dia mendalam sangat walaupun suara tak berapa sedap tapi dia cool (Y)

aku dah merepek , kbye :/

Wednesday, June 6, 2012

studying , maybe ?

Assalamualaikum :)

hei hoo semalam pergi library . sebab nak habiskan kerja physics yang cikgu sally zul bagi tuu . dahlah menimbun , kalah bajubaju kat dalam bilik yang belum berlipat lagi tu . nak dijadikan cerita aku pun bangunlah pukul 6.00 pagi . wahh :D terkejut tak ? hahaha . siapsiap semua aku pakai je baju yang aku rasa okay . sakai pun lantaklah . siapa je nak tengok kan ? orang pergi library nak study je kut . pagipagi tu sarapan maggi . haa , hebat tak ? memang macam nak meragam perut aku makan maggi tomyam . lepas tu abah hantar pergi hutan bandar (hb) . farahin suruh tunggu kat situ . aku pun macam , ''okay , aku tunggu'' . otw nak sampai tu aku text farahin , cakap aku dah nak sampai . tapi tak reply pun . so , aku pun tunggu je lahh dengan penuh sabar *ecehh . dahlah phone aku takde kredit .


lepas tu dapatlah satu call . ohh farahin call. mak aihh , memang masa tu aku rasa macam "kaki aku , bontot aku dah kematu wehh tunggu kau" . hahahaa :D then nasib baik dia sampai . dia kata sebab malam tu dia spend time dengan family dia sampai pukul 4 pagi . aku terus tak jadi nak marah . sebab aku tahu dia dengan family dia macam mana . susah nak dapat borak dengan ayah dia lamalama . so aku pun , sokay :) wa tak kesah beb . peace yaww ^.^v

then kitorang pun gerak lah pergi library . kesian azam dah tunggu lama gila . hahaha :D then , daniel pun datang , kitorang pun mulakanlah pelancaran gerakan menghabiskan homework besar-besaran . beria semua buat physics . macam orang apa je . dari pukul berapa entah sampai dalam pukul 11 kitorang stop kejap . pergi minumminum kat cafe bawah . dari situ kitorang tengok Petrosains kanakkanak tu macam best . disebabkan dulu aku pernah datang sini and masuk jugak , sebab tu aku kate best . lepas tu naek atas nak sambung balik . masa tu baru perasan bad pun datang . padahal azam dengan daniel dah lama perasan . okay aku ni loading sikit . dah lama baru dia duduk satu meja dengan kitorang sebab syasya ajak . so , kiranya satu meja lima orang . gini , meh aku tunjuk tapi maaflah buruk sebab aku kan kanak-kanak lagi . kan ? haha

haa , nampak kan ? so dalam dah tengah hari aku dah menyerah kalah . bosan gila bhai . diorang pun lebih pentingkan twitter dari physics . hahaha :D kitorang pun turunlah nak balik . singgah sebentar kat Petrosains . semua jadi macam kanak-kanak . aku lagilahh . kau faham-faham je lah kan aku ni macam mana . pantang nampak bendebende yang pelik mesti rasa nak merosakkan dan menjahanamkan barang tu .tapi aku ni sebenarnya baik . ye , aku tahu tu :p lepas dah puas , solatlah beb . gila tak solat .

daniel kate ada bas lalu kat depan library sebab kitorang nak pergi cs . kitorang pun tunggulah . rupanya hampeh . tindakan drastik kitorang amek , naik teksi . okay anak-anak , cuba bayangkan kami berlima remaja 16 tahun naik dalam satu teksi ? haa , terseksa kan ? farahin awal-awal dah cop sebelah drebar . dan aku ? di tepi tingkap dengan dihimpit 4 orang mamat gonjeng . nasib baik dapat harga murah . rm5 jee , yeahhh . sampai cs cari tempat nak isi perut . walaupun aku kenyang lagi . demi makanan , apapun aku sanggup . nak pergi tengok wayang tapi grandmother diaaa 0_o ramai gila orang . tak sanggup aden . daniel  nak beli komik Misi 10A tapi takde pulak . then kitorang pecah sebab nak balik .

aku suruh azam balik dulu sebab bad kata suruh teman dia kejap . lagipun kalau aku balik awal siapa je ada kat rumah atok . so , better aku balik lambat . makan Mcflurry satu je . share dua orang . tapi lepak lama gila kat Mcd . ada ke patut dia kata aku huru-hara ? siott je . pastu farahin call . kecoh gila dia cerita . azam pun call cerita pasal farahin jugak . mak aihh diorang ni -,- 5.30 baru aku balik . tapi aku dah beli kasut :) aku main capai je asalkan muat kaki aku . saiz kaki aku 36 ? kbye .


Monday, June 4, 2012

teacher's day

Assalamualaikum 

haa , aku tahu aku ni memang terlambat gila tapi tak salah kan nak post pasal hari guru ? ye aku tahu tuu sepatutnya 16 Mei yang lepas . ada aku kesah ? blog aku pun , bukan kau ? bweek *buatmuka . hahahaha :D aku bosan gila bhai then tibatiba teringat yang aku belum pernah cerita pasal hari guru lagi . okayy , 16 Mei . tu lah tarikh keramat untuk cikgucikgu kan ? dan tarikh yang menyusahkan pelajar sekolah sebab terpaksa buat persiapan time minggu-minggu peperiksaan setengah tahun . dengan bebanan subjek yang nak kene hafal dalam otak kitorang bertungkus-lumus nak buat persembahan yang terbaik untuk cikgu :) peace yaww .

kitorang Tengku Hissamudin kene handle persembahan . so , kitorang semua decide nak buat sketsa dan aku salah seorang yang kene paksa rela untuk masuk . memang mulamula time latihan aku tak ikhlas langsung -_- dahlah kene lawan cakap dengan diorang . watak aku macam lifesaver . nasib baik scene aku sekejap je . tapi punya takut macam ape je . ramai budak kelas aku masuk . then campur budakbudak kelas lain lagi . memang gempaklah . bila tengok cikgu semua happy dengan apa yang kitorang  berlakon , rasa macam berbaloi gila . ni antara gambar yang disnap-snap oleh photographer tak berbakat iaitu dania dzumira :D hahaha okayy just kidding .

suasana dalam dewan sebelum cikgucikgu datang . ramai yang hilang , diorang pergi mana ?

kami pergi bergambar ! muka adi macam bulldog lah bila buat macam tu -,- hahaha

sementara menunggu cikgucikgu bersukan untuk buang lemak kat badan

pasukan gamelan yang sentiasa bersedia nak hendak korang dengan tukulnya

orang kata muka aku sama dengan dania -,- sama ke ?

antara yang terlibat dalam sketsa . muka semua tak boleh bla -,-

kek untuk cikgu . entah sedap ke tak aku tak tahulahh

hai ! saya Aliyah Amirah . sebelah saya ni Aliaa Nabila .

antara cikgu kami . yang tepi tuu comelkan pakai baju sekolah *kenyitmata* tulahh cikgu physics aku .

ikhwan berlakon sebagai atok (dengan kepala dah  tabur bedak) and azam berlakon sebagai nenek .


ni antara time-time aku kene perang mulut dengan diorang . time ni agak tergamam sebab guyup cakap , 
''fikir sepet , orang takut dengan kau lahh ??''
fuhh , sentap siot gua .

tapi , semua tu berjalan lancar . walaupun semua spontan tapi memang berdekak gila . then , ada tayangan video dari budakbudak Tengku Abdul Rahman (biru) . awesome :) memang aku salute lah kat diorang , trylah tengok , even simple tapi sangat best .



okayy , thats all . walaupun dah-sangat-sangat-terlambat tapi aku tetap nak ucapkan terima kasih kat cikgucikgu kat Sasem sebab dah susah payah nak ajar kitorang lagilagi budak yang lambat pickup macam aku ni haa .hahaha :D jasamu akan ku kenang wahai guru . cewahh , sasterawan gitu *perasan. kbye .

Sunday, June 3, 2012

tunang tunang

Assalamualaikum semua ! 

rindu aku tak ? mesti rindu kan ? kan ? kan ? papp ! *kene sepak dengan kuat* adoi saket lahh! okay okay aku tak perasan lagi . haa , harini nak cerita pasal semalam aku pergi majlis akak aten tunang tuu . pagi tu singgah rumah syazlin afieka macam biasa . then , lepaklepak rumah dia sampai aku punya otak jadi kartun sebab aku tengok tv yang semuanya cerita kartun . first jimmy neutron , then spies apekebende ntah nama dia , pastuh detective conan (masih boleh diterima sebab aku memang minat conan) dan seterusnya naruto . mak uihhh . berpinar-pinar mata aku . kat rumah dia cuma ada aku , syazlin , dengan kakak dia Acha . aku pun tak tahu sebenarnya nama kakak dia apa . tapi family dia memang best gila . anak beranak semua otak gilagila . kecoh kut. 

kitorang bertolak pergi rumah aten dalam pukul 2.30 . cehh padahal syazlin cakap dengan yani dia datang pukul 2 . kesian yani .jalan dalam 10 minit then tahan teksi . aku dengan syazlin nak je cakap tolong rempit kat orang tu tapi ada ke patut dia suruh kitorang naik kereta sorong baby *sambil jari dia tunjuk kat dalam kedai* kalau nak cepat . ayoyo -,- berhenti kat bustop area jalan makmur berapa entah . kitorang suruh aten kutip kitorang . fuhh , nasib baik dia datang dengan terkedek-kedek dengan baju kurung biru polka dot putih dia yang ayu tu . hahaha :D sebelum tu , memang lumrah kan kalau ada majlis mesti kita bagi sumbangan sikit tak kisahlah banyak ke sikit . mak aku dah kirim suruh aku bagi mak aten . aku pun dengan happynya salam mak aten sambil selit sampul duit kat tangan . haa , mak dia terus "kau jangan nak ngengada' kau amek balik" . aku pun, "eh takpe makcik , mak bagi ni" . "kau jangan nak ngengada , amek " aku pun apalagi terus pecut keliling orang dengan kebaya aku tuh *flip hair* mak dia pulak boleh kejar aku lagi . mak ooi . dah nak balik baru dia terima . hahaha :D lawak bhai kene kejar dengan orang tua depan orang ramai . dah tak ayu dah aku .

saya dan aryani amran . kami peminat Sugha Jung :) awak pula ?

syazlin dan saya . dia agak kepoh daripada saya

ye ye , tak perlu cakap . saya tahu saya comel . kiss sikit :p puihh . hahaha :D

kami dengan kaka aten . 

kami awesome kan ^.^v

aten dan saya . saya tahu saya lagi ayu dari dia . hahaha :p *perasan

ni lah mak aten . makcik , saya rasa kalau makcik masuk lari 100 meter makcik mesti champion.

saya dan azy . okay saya mengaku dia lagi comel dari saya -,-

Friday, June 1, 2012

out

Assalamualaikum :)

harini saya nak jadi sopan . taknak mencarut lagi macam harihari yang lepas . mulut saya ni haa jahat sangat sampai macam boleh tampar-tampar kasi leper macam lempeng yang mak saya buat . sedap tau lempeng tu makan dengan sambal tumis . awak semua pernah makan ? eh apa saya membabo ni ? eh , apasal mencarut lagi ni ? *tamparmulut* . 

esok saya keluar . nak pergi majlis pernikahan kakak kawan saya Siti Nur Fatin ataupun dikenali dengan nama manja Aten ataupun bagi saya dia lebih senang dipanggil kerempeng . hahaha :D harap dia tak baca . dia memang kerempeng what ? tak caya ? sudaahhh . tadi saya dah cakap dengan abah yang saya nak pergi dan saya mintak tolong dia hantar saya ke rumah syazlin . tapi dia diam je . orang kata diam tandanya setuju , senyum tandanya suka . eh ? kan saya dah merapu lagi *mukablur* awak semua doakan saya tau . dah lama saya tak jejak kaki kat tar depan pintu gate rumah saya . cuti ni dunia saya hanya dalam bilik je . apa saya buat ? biarlah rahsia . hahaha :D eh , saya nak tidur . esok nak bangun awal pergi rumah syazlin . selamat malam semua dari saya minah gorjes (dah lama abe tak panggil saya gorjes :/ tapi saya tetap nak guna) awak semua jangan fikir lain pulak tau . byee~

tak dinafikan Aten lebih tinggi dari saya tapi kalau saya pakai high heels , aten yang kalah .