Monday, January 30, 2012

dear member

hari ni aku cuma nak bercerita pasal kawan aku yang susah dan senang bersama , sakit perut sakit hati bersama :) ni random je eh letak .

dua budak pendek ni . what ? aku tinggi lahh . cuba tengok betulbetul .
tinggi kan ? kan ? kan?
haha :D sebenarnya lebih kurang je semua tapi aku tetap dengan pegangan yang aku lagi tinggi dari diorang .
okayy , kita start dengan Dania .
Dania : even aku tak rapat sangat dengan kau dulu tapi kita still kawan .
and at last bila samasama masuk form 3 , bila kepala duadua sama senget ,
rupanya kita ni ngekngok jugak eh .
teringat ciptaan catwalk kita , macam mak nyah balik pasar dah .
kau je lah yang sanggup bergandingan dengan aku buat catwalk tu .
then , ingat lagi tak kita samasama kerjakan rambut kita masa aku kat rumah kau ?
sanggup berkongsi duit untuk benda yang RM21.90 biar samasama nampak .
tapi yang paling menyerlah mestilah kau :p aku punya nampak sikit je .
masa tu aku cop kau as budak nakal .
okayy , next .
Aqilah : weh , kau lah teman nak jaga koop dengan aku . nanti aku takda kau jagalah dengan dania ,
nazifah , semua tu . jaga koop betulbetul .
eh , apa kejadahnya aku ni ? orang suruh belajar betulbetul ,
aku suruh dia jaga koop betulbetul pulak -,-
maaf , sama je kut . daripada situ kau boleh belajar . kan ?

syazlin : siapa tak kenal perempuan ni memang aku dah tak tahu nak cakap apa lagi .
seantero ssi tahu kut siapa syazlin afieka ni .
dengan ketawa galak dia , suara besar dia , hmm memang confirm popular .
haha :D gurau saja .
dho , thanks sebab jadi membe aku time form 1 lagi .
thanks jugak sebab banyak buat aku ketawa disebabkan perangai kau yang gedik habis tu .
kau lah ratu gosip kitorang . macam mana kitorang nak gosip kalau kau tak ada ?
apapun , belajar rajenrajen . jangan lupa aku :')

Bella : hei tepung ! *maaf*
kau ni overdose terlebih putih lah . tu yang orang panggil kau tepung tu , ini .
apepun , nanti simpan cerita AH kau untuk aku tau ?
aku tak nak miss satu apapun . tau ??
kau ni lah teman buat jahat aku , teman pergi toilet dengan aku dulu .
nanti jangan lupa aku .
aku rindu gila dengan kau duhh :*

Aten : Siti Kerempengg !
haha ;D rindu nak panggil kau cenggitu nanti dho .
nanti kau hilang geng orang yg rambut cam kau :p
bukan hilang , tapi kurang .
terima kasih gila bagi anak patung tu .
aku terharu dho :')
sayaaang kau

act , aku nak buat banyak lagi tapi aku dah tak boleh nak bukak mata besarbesar lagi . maklumlah mata aku ni macam mana kan ? okayy , that's all . thanks for being my super duper awesome girlfriends along 2009 , 2010 , 2011 , and 2012 . i love you dude :* ohh and by the way , thanks kepada sesiapa yang banyak tolong aku pasal daus . aryani , nurin , hanis , qila , and semua lahh . terima kasih sebab sudi jadi matamata spy aku yg tak bergaji . aku akan ingat apa yang korang buat semua ni . aku terharu masa korang tolong aku nak balik dengan dia . memang tu yang aku nak since kita form 3 lagi and tak sangka dapat , time last day aku kat sekolah pulak tu . untuk daus , i'm going to miss you dude . thanks sebab balik dengan aku hari ni and thanks sebab layan aku :)



Saturday, January 28, 2012

read if you care

rasa macam kesian tengok mak dengan abah nak sekolahkan aku :'( maaflah kalau aku ni sangat menyusahkan . tak sanggup tengok abah susahpayah cari duit untuk mira sekolah situ . demi taknak susahkan abah , abah tolak je lah pergi sekolah tu . tapi , mesti abah takkan buat punyalah kan ? sampai terduduk mak abah aku bila dengar nak kena standby berapa bila kat sekolah sana . aku tahu harapan diorang memang tinggi nak tengok aku sekolah sana , tapi janganlah sampai terbeban macam gini . tak sanggup nak tengok . bila dengar abah dengan mak bincang pasal benda tu , perasan tak kita selalu lari naik bilik dulu ? sebenarnya tak sanggup nak tengok mukamuka yang sentiasa cari cara nak cari duit untuk sekolahkan kami empat orang adikberadik . yang lagi sorang tu on the way sekolah tahun depan .

yang tenga baca ni mesti tak sangka kan ? bukan aku taknak cerita dengan korang selama ni , tapi aku lebih kepada merendah diri bila tengok korang . korang mampu beli tu ni tapi aku cuma mengharapkan apa yang makcik aku bagi selama ni je . nak tahu satu fakta sedih ? aku tak pernah beli jeans . aku tak pernah beli baju baru . aku tak pernah beli phone . and banyak lagi lahh . kebanyakkanya memang makcik aku bagi sebab diorang tahu ekonomi family aku macam mana . kepada yg baca ni , aku bukan nak mintak simpati cuma aku tak tahu nak luahkan macam mana lagi ni . memang lah ada orang yang lagi teruk dari apa yg aku pernah kene tapi .. entahlah . aku cuma berharap things will get better soon .

Friday, January 27, 2012

waiting

esok balik asrama *buatkaliterakhir* and i was like ,
 ''yeeeaayyy!'' but at the same time *lapairmata* .
 macam mana aku nak survive lepas ni ?
 doakan aku kuat .
 kiranya  time outing hari tu last aku keluar dengan korang .
 tsskssktssk *hembushingus*



eh eh qila , sorok qila duit tu , naya nanti orang tengok :*

okayy , itu sahaja gambarnya . tak banyak mana . nak tengok lagi pergi bukak facebook aku . haha :D they so cool . sayangsayangku semua , nanti jangan menangis tau isnin nanti . kalau tak aku pun ikut meleleh banjir airmata karang . my job was done here . the time that we have , i kept like a photograph :') Insyaallah aku akan okay kat sana . doakan kami yang kene pindah ni demi masa depan yang lebih terang macam spotlight . belajar rajinrajin . aku tahu korang semua ni , sayangsayang aku semua ni , pandai sangat . cuma korang kene tambah usaha tu banyak sikit . ohh dan jangan lupa doa dengan solat . baru lengkap and Insyaallah korang berjaya dengan cemerlang . isnin ni hari terakhir kita bersama . jangan hantar aku pergi dengan airmata , nanti aku pergi dengan hati yang serbasalah . hadiahkan satu senyuman untuk aku biar aku pergi dengan rasa bangga ada kawan yang super duper awesome macam korang . okayy ? i do love you :) 




Wednesday, January 25, 2012

crazy but true

pernah tak korang rasa apa yang korang buat selama nihh tak pernah dihargai ? aku bet , mesti pernah punya . same goes to me . menyesal bila fikir balik . for once , tak boleh ke aku buat apa yang aku nak , lepas ni bukan aku ada lagi kat sini . so , let me do what i want lah . tak perlu control aku . you're such a queen control . itu salah , ini salah . susah sangat ke nak faham apa yang aku nak ? bila suruh aku buat something , i did it perfectly tapi balasannya ? aku tak faham lahh . hidup memang macam ni kan ? semua cakap tungganglanggang , main redah tak tengok kiri kanan je . ohhmyyyyy , disebabkan nak redakan kemarahan aku ni , segala tabtab aku bukak . one tab for facebook , one tab for twitter , one tab for blogger , one tab for youtube dan lainlain . i'm kinda stress right now .


Tuesday, January 24, 2012

teeeeet -,-

tarikh 30/1 dah nak dekat . sedih gila sekarang ni sebab still tak boleh terima realiti . sebenarnya lebih kepada tak sanggup nak tinggalkan kawan . yelahh , bayangkan kitorang semua dah samasama dari form 1 lagi , tibatiba semua berpecah . sorang ke sana , sorang ke sini . sumpah aku masih perlukan diorang lagi . agak keterlaluan kalau aku kata aku lebih selesa dekat asrama dengan sekolah banding kat rumah . tapi tu lah realiti bro . dengan siapa lagi aku nak ketawa macam orang gila ? and yang paling penting sekali , dengan siapa aku nak bergosip ? huwaaa :'( aku mesti rindu semua saat tu . even maybe aku akan dapat kawan kat sana , trust me , no one can replace all of you . macam mana kita nak nyanyi lagu samasama time prep ? hey , aku perlukan korang as sumber kekuatan untuk atasi kelemahan aku . the hardest part in life , bila nak capai sesuatu impian , kita terpaksa berkorban dengan meninggalkan orang yang kita sayang . its not easy untuk buad macam tu . kalau boleh aku rasa macam nak angkut korang sekali , sumbat dalam beg , and seludup korang masuk sana . perggh , tu pun macam boleh je .

btw hari ni aku demam . orang kata maybe sebab aku terlalu takut kehilangan korang ataupun aku rindu korang . betul lah tu kut . haha :'D tak tahu nak tulis apa lagi . chauu .

new school is not the same without you



Saturday, January 21, 2012

SAHABAT

Lirik Lagu Sahabat - Najwa Latif

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.

Friday, January 20, 2012

say HELLO to GOODBYE

Assalamualaikum :)

pertamapertama sekali aku nak say sorry pada sesiapa yang aku pernah buad dia sakit hati . aku sangatsangat mintak maaf sebab tak mampu nak jaga hati korang dengan baik . nobody perfect right ? aku memang bukan yang terbaik tapi aku try untuk jadi kawan yang terbaik untuk korang . korang dahh sangatsangat sempurna untuk aku . memang kadangkadang kita selalu terasa dengan apa yang orang lain buad , tapi percayalah , benda yang kita terasa tu will be benda yang paling kita rindu . aku memang salute habis dengan korang . percaya tak kalau aku kata disebabkan korang aku dapat result yang cemerlang ? memang tu lahh kenyataan beb . bila aku tengok korang study , baru aku tergerak nak study even dalam masa yang sama kita still bolehh mainmain lagi . kelakar bila ingat balik . perangai korang yang tak pernah berubah dari form 1 memang sebijik macam kanakkanak 'istimewa' . cuma bezanya korang orangorang yang teristimewa dalam hidup aku .

teringat bila time makan or minum malam , korang yang dah lari pecut sampai ke depan mengalahkan budakbudak form 1 yang lain -,- perangai gilagila tu lahh yang bakal aku rindu nanti . then time kita ramairamai order chickenchop hb , tak pernah serik even dahh kantoi dengan warden banyak kali . sebab tu batch kita dikira paling nakal tapi dalam masa yang sama paling gila best ! for sure aku bakal rindu mukamuka yang gila ni . memang lahh ramai budakbudak lain yang bakal sama sekolah dengan aku macam mus , adlia and lainlain tapi diorang tak sama dengan korang . aku mesti rindu gila nak buad jahat dengan korang .



hey kak limah ! terima kasih sebab sudi jadi telinga aku sepanjang kita samasama sekolah dari darjah 1 lagi . perangai kau yang cannot go on tu memang konfem aku ingat selalu . nanti time aku kat sana macam mana aku nak dengar cerita kau dengan capital 'y' ? macam mana aku nak dengki kau tabur bedak dalam locker kau ? macam mana aku nak dengar segala story kau ? urrgh ! takpelahh , dalam hidup memang mustahil untuk orangorang yang selalu disisi kita tu kekal . jangan lost contact dengan aku tau :')


hey budak . walaupun aku dah takde , jangan lupe aku . segala rahsia kau insyaallah aku akan simpan . jaga diri elokelok bila aku takda nanti . jangan sedihsedih . you were happy before you knew him , this proves that you can be just as happy without him . you are the thoughest girl i ever found . kau kuat KHAIRUN NISA !





doakan aku tau :') and pleaseplease doakan aku kalau jumpa kawan baru aku takkan lupakan korang . aku mintak sangat . aku takut je kalau tibatiba aku lupa korang . okelahh . lastly , YOU ARE THE BEST THING THAT EVER BE MINE . belajar betulbetul . jangan tinggal solat oke ? sayang korang . thanks for being my 'girlfriend' and 'boyfriend' . kepada Daus , thanks for making me laugh when i'd almost forgotten how to . kau mesti happy sebab dah takde orang yang nak stalker kau gilagila macam aku . hahaha :'D aku dahh lama lepaskan kau sejak 20112011 . live your life freely dear . you are the best thing i never had . te quiero Muhammad Firdaus Bin Basri .




farewell

‎1. kamu masih terus memikirkan c dia sebelum kamu pergi tidur...

2. kamu sentiasa menjelingnya dari jauh secara senyap2

3. kamu malu untuk bertentangan mata dengannya ketika berjumpa
...
4. kamu selalu merasa tidak senang ketika melihatnya bersama dengan perempuan lain walaupun itu cuma temannya

5. kamu tersenyum ketika melihat gelagatnya

6. dia adalah segalanya dari apa yang kamu fikirkan

6. kamu tersenyum setiap kali kamu melihatnya

8. ada seseorang dalam fikiranmu ketika kamu
membaca ini

9. kamu terlalu sibuk memikirkan orang tersebut

sampaikan kamu tidak menyedari kalau nombor 6 itu
ada dua

10. setelah kamu periksa memang benar ada dua 6,
kamu tersenyum sendiri...
#copy paste :)